Thursday, December 31, 2009

Media

Cat Air

Bahan warna dalam karya cat air ialah pewarna dalam bentuk kek atau tiub. Ia bersifat lut sinar, lembut dan boleh dibuat legap sekiranya cat air dari tiub. Cat air akan menjadi tebal sekiranya disapu berlapis-lapis. Bahantara yang digunakan ialah air. Kertas yang digunakan ialah kertas cat air. Berus yang sesuai digunakan untuk karya cat air ialah jenis lembut dan beraiz antara 000 hingga 14. Palet juga diperlukan untuk membancuh warna. Sebuah bekas seperti gelas atau botol yang bermulut lebar diperlukan untuk mengisi air bersih dan untuk mencuci berus.


Cat Poster

Cat poster boleh didapati dalam tiub atau botol. Ia mengandungi pengilat larut air dan bersifat legap. Bahantara yang digunakan ialah air. Berus yang digunakan untuk berkarya menggunakan cat poster ialah jenis lembut dan keras. Manakala kertas daripada jenis ‘cartridge’ yang tebal dan berpermukaan licin digunakan. Air yang bersih diperlukan untuk menghasilkan campuran warna.


Cat Tempera

Bahan warna berbentuk serbuk atau perekat dalam tiub yand=g sedia proses. Ia mengandungi bahan pengilat seperti kuning telur atau gam cecair. Untuk menghasilkan karya menggunakan cat tempera, alat dan bahan yang digunakan ialah berus jenis lembut atau keras, kertas tebal, kain kanvas atau papan. Biasanya teknik yang diaplikasikan ialah disapu mengikut lapisan yang nipis, jalur sapuan diselang-selikan supaya kesan warna rata dan licin.


Cat Minyak

Cat minyak telah diperoleh dalam bentuk tiup. Bahantara untuk menggunakan cat minyak ialah turpetine. Bahan pengilat yang boleh digunakan ialah minyak linsid, minyak poppy atau minyak kacang. Berus yang digunakan adalah jenis lembut dan keras, pisau palet, kekuda, kanvas, papan, kayu playwood dan kadbod. Teknik yang diaplikasikan ialah teknik lipasto, glazing, cat tepat atau hardedge, titik scumbling atau teknik melembut.

Rangkuman Seni Catan secara umum...

Sinopsis

Kursus ini berfokus kepada prinsip utama dalam menghasilkan catan yang tertumpu kepada aspek kefahaman dan penguasaan elemen dan prinsip rekaan terhadap pembentukan karya. Penekanan diberikan kepada kemahiran menguasai media dan teknik yang merangkumi cat akrilik, cat poster, cat minyak dan cat air. Selain itu penekanan kepada proses artistik dalam penghasilan sesebuah karya catan juga diberi keutamaan.

Hasil Pembelajaran
1. Menguasai ilmu mengenai elemen dan prinsip dalam pengkaryaan catan.
2. Membuat eksplorasi dan eksperimen bahan dan media catan.
3. Menghasilkan kajian analitikal terhadap hal benda, bentuk dan makna dalam penghasilan karya catan.
4. Menguasai teknik-teknik dalam catan melalui media yang dipelajari.
5. Menilai estetika dan kreativiti dalam catan.

Kandungan
1. Latar belakang, pelukis dan aliran
2. Bentuk dan makna dalam karya catan
3. Isu dan konteks dalam catan
4. Kajian visual dan penghasilan portfolio
5. Proses artistik dan perkembangan
6. Aplikasi alat, media dan bahan dalam catan
7. Artistik dan estetik dalam catan

Rujukan
Orvirk, Wigg, Bone, Cayton. (1998). Art
Fundamental Theory and Practice, New York: McGraw
Hill.
Betti, C. (1997). Drawing A Contemporary
Approach, Harcourt: McGraw Hill.
Collins (1995). Artist’s Manual – The Complte Guide
to Painting and Drawing Materials & Techniques,
London: Harper Collins Publisher.
Derkatsch, I. (1980). Watercolor Painting Methods
and Materials, New Jersey: Prentice-Hall Inc.
Galton, J., Martin, J. (1995). Drawing and Painting
in Color, London: New Berlington.

Antara contoh catan cat minyak yang hebat...



Tuesday, November 3, 2009

HASIL SENTUHAN TANGANKU..

Karya terbaru yang menggunakan media cat minyak di atas kanvas. Inilah karya pertama saya di dalam aliran realisme. Segala kritikan yang ingin ditujukan adalah amat dialu-alukan.

Lihatlah karyaku...

Inilah karya cat minyak pertama yang telah disiapkan dengan penuh daya yang termampu...fisrt time pegang cat minyak..menggigil jugak tangan..heee..

Thursday, October 29, 2009

Bilikku, galeriku..

Antara karya yang pernah saya hasilkan sepanjang berada di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Karya yang saya hasilkan antaranya adalah aliran pop art yang merupakan imitasi dari karya sebenar yang hanya bertujuan untuk pembelajaran. Karya kedua adalah merupakan aliran kubisme yang juga menggunakan kaedah imitasi dari karya sebenar. tujuannya juga adalah untuk belajar berkarya. Karya realisme yang baru sahaja selesai dihasilkan ini aalah karya saya sendiri di dalam kusrsus studio catan dibawah kendalian Dr. Roskang Jailani. Ini adalah karya realisme yang terbesar pernah saya buat. Karya ini menggunakan media cat minyak di atas kanvas.