Thursday, September 20, 2012
DI MANA SILAPNYA...???
Suatu hari tatkala penulis sedang bekerja sebagai pemandu lori..datang dua orang kanak-kanak lelaki menghampiri..lalu penulis mempelawa menaiki lori mencari angin..dalam perjalanan menghantar barang, sempat penulis mengajukan beberapa soalan biasa untuk mengenali kanak-kanak tersebut. Amat terkejut ketika itu tatkala kanak-kanak tersebut menyatakan bahawa mereka telah berhenti daripada bersekolah. Atas sebab ibu bapa malas menghantar mereka ke sekolah. Namun penulis beranggapan mungkin ibu bapa mereka tidak mampu menampung kos persekolahan mereka. Tetapi adakah tahap kemampuan ini yang patut dijadikan alasan??. Dimanakah peranan ibu bapa ini yang sanggup membiarkan anak mereka tercicir daripada pelajaran??. Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini??Bagaimana dengan masa hadapan kanak-kanak ini??. Apabila ditanya, kanak-kanak ini minat untuk bersekolah namun tidak dapat berbuat apa-apa...
Subscribe to:
Comments (Atom)