
Hari ini yang berbahagia Dato' VC menyampaikan amanatnya bagi tahun 2010..Ucapan yang dinanti-nantikan akhirnya dilontarkan dengan membawa revolusi dan matlamat yang lebih mencabar yakni "Memperkukuhkan Budaya Inovasi:Gagasan Kebitaraan".
Dato' VC juga menyampaikan atau menerangkan tentang persoalan yang melanda Fakulti Seni dan Muzik selama ini. Akhirnya beberapa perubahan dilakukan demi memartabatkan UPSI ke arah yang lebih cemerlang dan penuh dengan nilai kebitaraan..
Jabatan Seni kini dipisahkan daripada sahabat karibnya yakni jabatan Muzik yang telah menjadi teman setia sejak sekian lama..Jabatan Seni kini dipindahkan ke bawah satu Fakulti yang baru diwujudkan iaitu Fakulti Seni, Pengkomputeran, dan Industri Kreatif. Jabatan Muzik pula ditransfomasikan menjadi Fakulti Muzik dan Seni Persembahan..
Kewujudan Fakulti Seni, Pengkomputeran, dan Industri Kreatif adalah hasil gabungan Fakulti Teknologi Maklumat serta Komunikasi dengan Jabatan Seni yang mengarahkan kepada sektor keusahawanan..
Peranannya adalah menawarkan program-program baru yang berteraskan seni, rekabentuk digital, dan industri kreatif, dengan komponen yang besar ialah "keusahawanan". Selain itu matlamatnya juga adalah untuk mewujudkan kluster multimedia kreatif yang akan menjadi keperluan terbesar di dalam negara..
Kini saya adalah pelajar dibawah Fakulti Seni, Pengkomputeran, dan Industri Kreatif..Good Luck..Daaa Muzik..
.jpg)